Keluaran dan sambutan Jejak Warriors

Tayangan

Filem ini telah ditayangkan di 72 buah pawagam di seluruh Malaysia (dan satu di Brunei) pada 27 Ogos 2015. Tarikh tayangan filem ini telah beberapa kali ditukar bermula dengan hujung tahun 2014,[19] , April/Mei 2015 sebelum ditarik kepada bulan September 2015. Tayangan filem ini kemudiannya dianjak kepada 27 Ogos 2015.[20][21][22] Tayangan di negeri Kelantan akan diadakan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV pada 28 dan 29 Ogos 2015.[23]

Trailer filem ini telah ditayangkan di Youtube pada 24 Jun 2015.[24] Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 20 Ogos 2015.

Kutipan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kutipan filem ini mampu mencecah RM3 juta.[25]Selepas dua minggu ditayangkan, filem ini hanya berjaya mengutip kutipan sebanyak RM 182,000.

Ulasan kritis

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Deric Ect dari portal perfileman dailyseni.com memuji lakonan Nadiya Nisaa di dalam filem ini.[26]Faris Othman dari portal hiburan extra Tonton mengulas filem ini sebagai "...bukan filem bola sepak biasa".[27]Shazrtn Mohd Faizal dari portal berita Therakyatpost.com pula mengulas filem ini sebagai "...tidak wajar dilepaskan...".[28]

Aidil Rusli dari The Star pula memberi ulasan filem ini sebagai tidak konsisten dalam penceritaan dan terlalu kelam-kabut kerana tempoh masa yang singkat.[29]

Rujukan

WikiPedia: Jejak Warriors http://mynewshub.cc/2015/03/09/harun-salim-bachik-... http://www.astroawani.com/berita-sukan/kafa-jangka... http://www.astroawani.com/video-malaysia/jejak-war... http://www.duniasukan.com/jejak-warriors-beri-kela... http://www.hyebro.com/2015/06/filem-jejak-warriors... http://www.imdb.com/title/tt5790032/ http://mediahiburan.karangkraf.com/tiada-pawagam-d... http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/the-re... http://selebritionline.com/filem-jejak-warriors-di... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-re...